Saturday, September 7, 2013

Penyakit Kencing Tikus

Pernah dengar tak pasal penyakit ni. Atau mungkin korang pun sama ngan aku yang Cuma dengar pasal pesakit yang kena penyakit ni tiba2 je mati. Kalau korang pelajar perubatan mungkinlah tahu, tapi aku yang cuma dengar2 cerita orang kampung manalah tahu apekebendenya penyakit ni.
Penyakit kencing tikus ni sebenarnya satu penyakit yang disebarkan melalui haiwan dan rawatan segera perlu diberikan atau mungkin boleh membawa maut kepada yang pesakit.
Daripada website yang aku baca, dulu bakteria ni dikenal pasti datang dari tikus. Tapi sekarang bakteria ni dah mula menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Website tu juga menjelaskan begini.

BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?

Manusia boleh mendapat jangkitan Leptospirosis apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.

Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.



Tapi sekarang ni, perkara yang membimbangkan ialah penyakit kencing tikus ni makin mudah tersebar bila kita tak menjaga kebersihan makanan atau minuman yang kita minum.

Baru2 ni, mak cik aku baru lepas bersalin, lepas tu dahaga, dan pergilah beli air tin. Awas yer, kalau beli air tin, basuh dulu sebelum minum sebab air tin tu ada kemungkinan terkena air kencing tikus. Mak cik aku ni tak ambil langkah berjaga-jaga dan terus je minum air dari situ.

Lepas tu dia demam teruk juga, tapi nasib baik keluarga terus pegi bawa ke hospital n memang sah dia kena penyakit kencing tikus ni.

Dengar cerita juga, kalau kena penyakit ni, tanda2 dia macam demam biasa sahaja dan jika anda ke klinik, dia cuma akan bagi ubat demam sahaja. Keadaan berbeza pula di hospital yang akan terus melakukan pemeriksaan darah. Dan kalau anda syak seseorang kena penyakit kencing tikus ni, bawa ke klinik denga segera sebab jiran depan rumah aku tangguh2 dan akhirnya bila dibawa ke hospital doktor kata dah takde harapan sebab kuman dah sampai ke otak. Akhirnya, pesakit mati. 

Jadi, peringatan buat diri sendiri, kalau nak minum air tin, silalah basuh air tin tu dulu. Kalau nak minum dari cawan pula dinasihatkan supaya menggunakan straw.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...