Maaf andai entri ini agak membosankan
Aku sendiri pun agak tak tahan, tak tahu nak luahkan kat siapa tekanan yang aku rasa hampir setiap hari pergi ke ofis.
Menjadi pelatih dalam kamar adalah salah satu tahap sebelum seorang peguam layak digelar peguam.
Ini adalah latihan yang memberi pendedahan tentang prsedur perundangan dalam segala bidang sebelum seorang peguam memilih bidang tugas yang mereka rasakan amat bersesuaian dengan diri mereka.
Biasanya, seorang peguam didedahkan dengan dua bidang
convenyancing-segala perjanjian jual beli rumah, tanah yang harus diuruskan seorang peguam. Seorang pelajar perundangan yang mengatakan bidang ini hanya copy n paste, sebenarnya belum melakukan proses yang detail. Kebiasaannya, kerja ini diuruskan kerani tapi sebagal pelatih dalam kamar, aku kena buat file ini hampir setia hari.
Litigation-Proses yang melibatkan mahkamah, sebutan kes dan harta pusaka.
Sebenarnya, bukan cerita pelatih dalam kamar ini yang membuatkan aku tertekan. Tapi dapat bos yang agak garang dan memaki hamun bila saya yang masih belajar ini melakukan kesalahan walaupun kesalahan yang dilakukan kesalahan kecil.
Mungkin kebanyakan peguam perempuan macam ni, dihamun, dibaling file ni macam lumrah kalau dalam proses pelatih dalam kamar ini.
Hari ni, rasa tertekan yang amat sebab kakak yang biasanya uruskan file litigation tiba-tiba dah nak bersalin, bayi tu dah nak keluar. Sumpah rasa nak menangis sebab kena handle file2 litigation yang sebelum ni aku x pernah sentuh pun.
Bos pulak tanak ambil pekerja ganti kakak tu. Masalah yang lain pula ialah bila bos tak habes2 panggil, uruskan file convenyancing, fotostatkan dokumen. Tertekan sangat.
Kan bagus, kalau tiba2 ada lelaki yang baik masuk meminang, kata awak x yah kerja, biar saya yang tanggung awak *berangan, tampar diri sendiri
Btw, baru kerja separuh bulan, tiba-tiba ada lelaki yang biasa nampak kat tempat kerja, nak berkenalan, hehe. Tapi hati ni dah puas bagi harapan, sampai ada lelaki yang macam nak serius, selalu pandang sebelah mata saja.
Mungkin kerana aku terlalu pikirkan urusan kerja, pergi pejabat tanah, naik turun mahkamah, mungkin aku patut berjaya jadi peguam dulu, baru fikir kalau ada lelaki yangs serius nak buat suami.
Semoga suatu hari nant tu akan tiba. Amin
No comments:
Post a Comment