Friday, September 6, 2013

Combi

Jangan salah anggap yer, combi tu maknanya chambering student, kalo akak lawyer kat tempat kite panggil kite combi je tau. Geli sungguh.

Penat sangat hari ni bila semua kerani cuti, aku terkejar-kejar siapkan surat, taip courier, hantar faks, potong kertas faks n macam2 lah keje ofis lain lagi.

Tapi akhirnya, berbaloi sungguh hari ni, bila keje dah nak balik, bos kate aku dah makin cekap buat keje, pandai cari file n boleh tolong dia.

Mungkin juga bos agak gembira sebab tak sangka ada juga student yang sudi buat chambering dengan dia. Kalau nak tahu, akulah student chambering pertama dia. Hehe

Aku tahu, dia cuma nak amek hati je sebab akak kerani yang ada pun nak berhenti, masalah dengan tunang. Kerani kat legal firm aku cuma dua je, satu tengah cuti bersalin dan satu lagi nak berhenti.Nasib-nasib dapat pula bos garang.

Tapi, garang-garang pun bos aku, dia sudi untuk mengajar aku. Masalah ini terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan kesudian dia nak mengajar. Kebanyakan legal firm, dia malas nak layan chambering student, dibiarkannya terkejar-kejar belajar sendiri. Kiranya aku agak bertuah jugalah yer.

Btw, aku sendiri pun tak sangka aku rajin update blog ni lately. Sunyilah bila umur dah 23 tahun ni, nak berkawan pula, macam ramai je yang sibuk dengan bf n urusan dunia memasing.

Apa2 pun, aku tengah kat Johor ni, sebab esok ada kenduri sempena mak n abah nak kejekan Haji. Bye, tengah hujan ni, sedap tido.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...