Saturday, September 7, 2013

Ibadah Pembuka Rezeki



Sincerely, aku pun tak tahu kenape aku rajin sangat menaip blog ni walaupun takde yang baca. Mungkin sebab aku rasa amat penting untuk aku simpan semua memori ni sebelum aku lupa kemudian hari.

Malam tadi, keluarga aku buat kenduri sempena mak nak pegi Haji. Walaupun ni kali kedua mereka kerjakan Haji, tapi sebab ini Ibadah yang penting dan ramai saudara yang mungkin nak kirim doa atau mungkin nak minta maaf, maka mak pun buatlah kenduri ringkas.Hurm, tak boleh nak dikatakan ringkaslah sebab kenduri ringkas ni sangatlah mewah dengan makanan sampai tukang bungkus penat n terpaksa delay balik sampai nak pukul 1. Menu utama ialah ketupat, ayam masak merah, gearbox masak sira, kuah lodeh n kuah kacang. Sup tulang dan nasi kerabu pun ada disediakan. Selain itu, makanan sampingan adalah kambing dan lembu panggang ditambah dengan kentang lenyek n coleslow. Desert pulak, cheese kek, anggur, pisang, langsat, pulut dimakan dengan bubur durian n butter cake. Memang banyak giler makanan, sampai aku yang tukang serve ni, sibuk merasa semua walaupun sibuk nak nak layan tetamu n tambah mana2 makanan yang kurang.

Ni bukanlah cerita yang aku nak cerita. Tapi ni pengalaman akulah, Haji ni kalau buat dengan ikhlas, InshaAllah rezeki kita akan murah. Aku masih ingat masa Mak n abah kerjakan Haji kali pertama masa aku berumur 12 tahun. Waktu tu, kami semua masih sekolah lagi n tiada siapa yang nak jaga makan pakai kitaorang. Walaupun memang ada Bebek, tapi siapalah yang nak hantar kitaorang pegi sekolah. Mak menangis cerita kat aku waktu tu, siapa yang nak jaga kitaorg ni. Nenek belah mak pula, tak sudi nak jaga sebab katanya menyusahkan dia sahaja sebab kami lima beradik n mereka sudah agak tua untuk menjaga kelima-lima kami waktu tu. Mujur waktu tu, mak ada adik lelaki yang sanggup berpindah rumah sewa n dialah yang menghantar n memasakkan makanan untuk kitaorang.
 
Alhamdulillah, mereka sudi jaga kita. Rezeki yang tak tersangka pula ialah kakak aku yang sulung tiba2 dapat tawaran masuk MRSM YT Besut waktu tu. Tapi waktu dapat tawaran tu, mak n abah masih lagi di Tanah Suci. Kami ni dahlah orang Johor, nak pergi ke Terengganu bukanlah sekejap nak sampai, maka mak cik aku belah abah kumpul duit dengan keluarga belah ayah yang lain untuk belikan keperluan akak aku tu n bulat tekad memandu sampai ke Terengganu untuk hantar akak aku tu. Sekarang akak aku masih dalam pengajian untuk menjadi seorang doktor.

Rezeki tak tersangka lain ialah, abah dapat stesyen minyak kedua yang di Kluang. aku ingat lagi baca surat tawaran tu, sebab pak cik aku tunjukkan aku. Waktu tu, tempat aku tinggal ni bukanlah dekat nak pergi sampai ke stesyen minyak tu. Oleh itu, pak cik aku yang sanggup jaga aku masa Mak n Abah pergi Haji ni, ayah aku lantik dia jaga stesyen minyak kedua tu sebagai pengurus.

Sekarang usia aku dah 23 tahun, dah sebelas tahun semua memori tu terjadi. Kali kedua mak n abah nak pergi Haji kali ni, aku cuma berharap peluang perniagaan abah semakin cerah. Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...