Thursday, September 5, 2013

Peguam

Kalau nanti ada yang bertanya sama ada untuk menjadi peguam atau tidak. Aku tidak akan memberikan jawapan, tapi yang pasti aku akan mencadangkan kepada dia untuk bekerja di pejabat peguam untuk satu hari dan mungkin seminggu....

Baru kau faham, merananya hidup kau nanti. Jika merasakan mendapat inspirasi menjadi peguam melalui cerita The Suits atau mungkin The Good Wife, lupakanlah. Realiti tak akan pernah seindah angan yang selalu kita bayangkan di kaca televisyen.

Samalah juga cerita cinta. Sang jejaka setia menanti gadis idamannya. Namun realiti, semakin ramai lelaki buaya sekarang ni. Seperti dunia guaman, Legally Blonde tidak wajar dan tidak harus sama sekali dijadikan gurauan, kerana payahnya menjadi seorang peguam, yang saban hari terlalu sibuk memikirkan file yang harus diselesaikan.

Dunia hitam putih yang satu ketika dulu menjadi impian pelajar perundangan, kini menjadi mimpi ngeri setiap hari lantaran terlalu banyak tanggungjawab dan amanah di mana bayaran atau ganjaran tidak setimpal seperti yang diharapkan. Seorang peguam mempunyai gaji yang rendah jika bekerja dengan orang lain. Jika pun mempunyai firma guaman sendiri, mereka perlu mencari pelanggan yang entah dapat memberi mereka kes atau tidak. Jika tiada kes, manalah sumber pendapatan yang diharapkan oleh seorang peguam.

Inilah realitinya, seorang peguam mempunyai hidup yang agak payah dan susah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...