Apa2 pun, today was really bad day. I need to sleep
Thursday, September 12, 2013
Bad Day
Hari ni tak tahan sangat bila bos marah2 tak tentu pasal depan klien. Rasa nak nangis tadi sebab bos menjerit2, pastu memang dia nak panggil Bodoh dah tadi macam selalu dia guna, tapi mungkin sebab ada klien dia x jadi.
Saturday, September 7, 2013
Ibadah Pembuka Rezeki
Sincerely, aku pun tak tahu kenape aku rajin sangat menaip blog ni walaupun takde yang baca. Mungkin sebab aku rasa amat penting untuk aku simpan semua memori ni sebelum aku lupa kemudian hari.
Malam tadi, keluarga aku buat kenduri sempena mak nak pegi Haji. Walaupun ni kali kedua mereka kerjakan Haji, tapi sebab ini Ibadah yang penting dan ramai saudara yang mungkin nak kirim doa atau mungkin nak minta maaf, maka mak pun buatlah kenduri ringkas.Hurm, tak boleh nak dikatakan ringkaslah sebab kenduri ringkas ni sangatlah mewah dengan makanan sampai tukang bungkus penat n terpaksa delay balik sampai nak pukul 1. Menu utama ialah ketupat, ayam masak merah, gearbox masak sira, kuah lodeh n kuah kacang. Sup tulang dan nasi kerabu pun ada disediakan. Selain itu, makanan sampingan adalah kambing dan lembu panggang ditambah dengan kentang lenyek n coleslow. Desert pulak, cheese kek, anggur, pisang, langsat, pulut dimakan dengan bubur durian n butter cake. Memang banyak giler makanan, sampai aku yang tukang serve ni, sibuk merasa semua walaupun sibuk nak nak layan tetamu n tambah mana2 makanan yang kurang.
Ni bukanlah cerita yang aku nak cerita. Tapi ni pengalaman akulah, Haji ni kalau buat dengan ikhlas, InshaAllah rezeki kita akan murah. Aku masih ingat masa Mak n abah kerjakan Haji kali pertama masa aku berumur 12 tahun. Waktu tu, kami semua masih sekolah lagi n tiada siapa yang nak jaga makan pakai kitaorang. Walaupun memang ada Bebek, tapi siapalah yang nak hantar kitaorang pegi sekolah. Mak menangis cerita kat aku waktu tu, siapa yang nak jaga kitaorg ni. Nenek belah mak pula, tak sudi nak jaga sebab katanya menyusahkan dia sahaja sebab kami lima beradik n mereka sudah agak tua untuk menjaga kelima-lima kami waktu tu. Mujur waktu tu, mak ada adik lelaki yang sanggup berpindah rumah sewa n dialah yang menghantar n memasakkan makanan untuk kitaorang.
Alhamdulillah, mereka sudi jaga kita. Rezeki yang tak tersangka pula ialah kakak aku yang sulung tiba2 dapat tawaran masuk MRSM YT Besut waktu tu. Tapi waktu dapat tawaran tu, mak n abah masih lagi di Tanah Suci. Kami ni dahlah orang Johor, nak pergi ke Terengganu bukanlah sekejap nak sampai, maka mak cik aku belah abah kumpul duit dengan keluarga belah ayah yang lain untuk belikan keperluan akak aku tu n bulat tekad memandu sampai ke Terengganu untuk hantar akak aku tu. Sekarang akak aku masih dalam pengajian untuk menjadi seorang doktor.
Rezeki tak tersangka lain ialah, abah dapat stesyen minyak kedua yang di Kluang. aku ingat lagi baca surat tawaran tu, sebab pak cik aku tunjukkan aku. Waktu tu, tempat aku tinggal ni bukanlah dekat nak pergi sampai ke stesyen minyak tu. Oleh itu, pak cik aku yang sanggup jaga aku masa Mak n Abah pergi Haji ni, ayah aku lantik dia jaga stesyen minyak kedua tu sebagai pengurus.
Sekarang usia aku dah 23 tahun, dah sebelas tahun semua memori tu terjadi. Kali kedua mak n abah nak pergi Haji kali ni, aku cuma berharap peluang perniagaan abah semakin cerah. Amin.
Penyakit Kencing Tikus
Pernah dengar tak pasal penyakit ni. Atau mungkin korang pun sama ngan
aku yang Cuma dengar pasal pesakit yang kena penyakit ni tiba2 je mati. Kalau
korang pelajar perubatan mungkinlah tahu, tapi aku yang cuma dengar2 cerita
orang kampung manalah tahu apekebendenya penyakit ni.
Penyakit kencing tikus ni sebenarnya satu penyakit yang disebarkan
melalui haiwan dan rawatan segera perlu diberikan atau mungkin boleh membawa
maut kepada yang pesakit.
Daripada website yang aku baca, dulu bakteria ni dikenal pasti datang
dari tikus. Tapi sekarang bakteria ni dah mula menjangkiti anjing, tikus dan
haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Website tu juga menjelaskan begini.
BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?
Manusia boleh mendapat jangkitan Leptospirosis apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.
Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.
Tapi
sekarang ni, perkara yang membimbangkan ialah penyakit kencing tikus ni makin
mudah tersebar bila kita tak menjaga kebersihan makanan atau minuman yang kita
minum.
Baru2
ni, mak cik aku baru lepas bersalin, lepas tu dahaga, dan pergilah beli air
tin. Awas yer, kalau beli air tin, basuh dulu sebelum minum sebab air tin tu
ada kemungkinan terkena air kencing tikus. Mak cik aku ni tak ambil langkah
berjaga-jaga dan terus je minum air dari situ.
Lepas
tu dia demam teruk juga, tapi nasib baik keluarga terus pegi bawa ke hospital n
memang sah dia kena penyakit kencing tikus ni.
Dengar
cerita juga, kalau kena penyakit ni, tanda2 dia macam demam biasa sahaja dan
jika anda ke klinik, dia cuma akan bagi ubat demam sahaja. Keadaan berbeza pula
di hospital yang akan terus melakukan pemeriksaan darah. Dan kalau anda syak seseorang kena penyakit kencing tikus ni, bawa ke klinik denga segera sebab jiran depan rumah aku tangguh2 dan akhirnya bila dibawa ke hospital doktor kata dah takde harapan sebab kuman dah sampai ke otak. Akhirnya, pesakit mati.
Jadi,
peringatan buat diri sendiri, kalau nak minum air tin, silalah basuh air tin tu
dulu. Kalau nak minum dari cawan pula dinasihatkan supaya menggunakan straw.
Friday, September 6, 2013
Combi
Jangan salah anggap yer, combi tu maknanya chambering student, kalo akak lawyer kat tempat kite panggil kite combi je tau. Geli sungguh.
Penat sangat hari ni bila semua kerani cuti, aku terkejar-kejar siapkan surat, taip courier, hantar faks, potong kertas faks n macam2 lah keje ofis lain lagi.
Tapi akhirnya, berbaloi sungguh hari ni, bila keje dah nak balik, bos kate aku dah makin cekap buat keje, pandai cari file n boleh tolong dia.
Mungkin juga bos agak gembira sebab tak sangka ada juga student yang sudi buat chambering dengan dia. Kalau nak tahu, akulah student chambering pertama dia. Hehe
Aku tahu, dia cuma nak amek hati je sebab akak kerani yang ada pun nak berhenti, masalah dengan tunang. Kerani kat legal firm aku cuma dua je, satu tengah cuti bersalin dan satu lagi nak berhenti.Nasib-nasib dapat pula bos garang.
Tapi, garang-garang pun bos aku, dia sudi untuk mengajar aku. Masalah ini terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan kesudian dia nak mengajar. Kebanyakan legal firm, dia malas nak layan chambering student, dibiarkannya terkejar-kejar belajar sendiri. Kiranya aku agak bertuah jugalah yer.
Btw, aku sendiri pun tak sangka aku rajin update blog ni lately. Sunyilah bila umur dah 23 tahun ni, nak berkawan pula, macam ramai je yang sibuk dengan bf n urusan dunia memasing.
Apa2 pun, aku tengah kat Johor ni, sebab esok ada kenduri sempena mak n abah nak kejekan Haji. Bye, tengah hujan ni, sedap tido.

Thursday, September 5, 2013
Peguam
Kalau nanti ada yang bertanya sama ada untuk menjadi peguam atau tidak. Aku tidak akan memberikan jawapan, tapi yang pasti aku akan mencadangkan kepada dia untuk bekerja di pejabat peguam untuk satu hari dan mungkin seminggu....
Baru kau faham, merananya hidup kau nanti. Jika merasakan mendapat inspirasi menjadi peguam melalui cerita The Suits atau mungkin The Good Wife, lupakanlah. Realiti tak akan pernah seindah angan yang selalu kita bayangkan di kaca televisyen.
Samalah juga cerita cinta. Sang jejaka setia menanti gadis idamannya. Namun realiti, semakin ramai lelaki buaya sekarang ni. Seperti dunia guaman, Legally Blonde tidak wajar dan tidak harus sama sekali dijadikan gurauan, kerana payahnya menjadi seorang peguam, yang saban hari terlalu sibuk memikirkan file yang harus diselesaikan.
Dunia hitam putih yang satu ketika dulu menjadi impian pelajar perundangan, kini menjadi mimpi ngeri setiap hari lantaran terlalu banyak tanggungjawab dan amanah di mana bayaran atau ganjaran tidak setimpal seperti yang diharapkan. Seorang peguam mempunyai gaji yang rendah jika bekerja dengan orang lain. Jika pun mempunyai firma guaman sendiri, mereka perlu mencari pelanggan yang entah dapat memberi mereka kes atau tidak. Jika tiada kes, manalah sumber pendapatan yang diharapkan oleh seorang peguam.
Inilah realitinya, seorang peguam mempunyai hidup yang agak payah dan susah.

Kecewa Lagi
If you would leave eventually,
then don't promise me anything
Kecewa lagi, untuk kesekian kalinya.
Rasa kecewa dengan dengan diri sendiri sebab sayangkan orang yang tak sepatutnya, akhirnya kecewa sendiri.
Susah nak jatuh hati.
Bila dah jatuh hati.
Akhirnya kecewa sendiri bila kena tinggal.
Kali ni, dia dah ada girlfriend n simpan aku buat spare part.
Peliknya, masa bercinta, tiap2 malam telefon, tanya khabar.
Masa kail ikan dia kena tarik masuk laut.
Pukul 3 pagi, aku juga yang dia telefon.
Rasanya aku boleh kenal semua anak sedara, adik-beradik dia.
Mungkin nasib aku tak berapa nak baik
Akhirnya kena tinggal
Rasa serik bercinta.
Penat Bercinta. Penat Menanti.Penat Kecewa.
Penat Menangis.Setiap Malam.Sampai mata bengkak.
Tapi, memang nasib aku selalu macam ni, jumpa lelaki yang hampeh.

Wednesday, September 4, 2013
Pelatih Dalam Kamar
Maaf andai entri ini agak membosankan
Aku sendiri pun agak tak tahan, tak tahu nak luahkan kat siapa tekanan yang aku rasa hampir setiap hari pergi ke ofis.
Menjadi pelatih dalam kamar adalah salah satu tahap sebelum seorang peguam layak digelar peguam.
Ini adalah latihan yang memberi pendedahan tentang prsedur perundangan dalam segala bidang sebelum seorang peguam memilih bidang tugas yang mereka rasakan amat bersesuaian dengan diri mereka.
Biasanya, seorang peguam didedahkan dengan dua bidang
convenyancing-segala perjanjian jual beli rumah, tanah yang harus diuruskan seorang peguam. Seorang pelajar perundangan yang mengatakan bidang ini hanya copy n paste, sebenarnya belum melakukan proses yang detail. Kebiasaannya, kerja ini diuruskan kerani tapi sebagal pelatih dalam kamar, aku kena buat file ini hampir setia hari.
Litigation-Proses yang melibatkan mahkamah, sebutan kes dan harta pusaka.
Sebenarnya, bukan cerita pelatih dalam kamar ini yang membuatkan aku tertekan. Tapi dapat bos yang agak garang dan memaki hamun bila saya yang masih belajar ini melakukan kesalahan walaupun kesalahan yang dilakukan kesalahan kecil.
Mungkin kebanyakan peguam perempuan macam ni, dihamun, dibaling file ni macam lumrah kalau dalam proses pelatih dalam kamar ini.
Hari ni, rasa tertekan yang amat sebab kakak yang biasanya uruskan file litigation tiba-tiba dah nak bersalin, bayi tu dah nak keluar. Sumpah rasa nak menangis sebab kena handle file2 litigation yang sebelum ni aku x pernah sentuh pun.
Bos pulak tanak ambil pekerja ganti kakak tu. Masalah yang lain pula ialah bila bos tak habes2 panggil, uruskan file convenyancing, fotostatkan dokumen. Tertekan sangat.
Kan bagus, kalau tiba2 ada lelaki yang baik masuk meminang, kata awak x yah kerja, biar saya yang tanggung awak *berangan, tampar diri sendiri
Btw, baru kerja separuh bulan, tiba-tiba ada lelaki yang biasa nampak kat tempat kerja, nak berkenalan, hehe. Tapi hati ni dah puas bagi harapan, sampai ada lelaki yang macam nak serius, selalu pandang sebelah mata saja.
Mungkin kerana aku terlalu pikirkan urusan kerja, pergi pejabat tanah, naik turun mahkamah, mungkin aku patut berjaya jadi peguam dulu, baru fikir kalau ada lelaki yangs serius nak buat suami.
Semoga suatu hari nant tu akan tiba. Amin

Friday, March 22, 2013
Qasidah dan Doa Rindu :)
Dia hanya
mengikut ajakan teman yang ingin ke qasidah, padahal dia tidak pernah tahu apa
itu qasidah, malahan mungkin tidak pernah mendengar alunan qasidah itu sendiri.
Anggapan diri qasidah mungkin bosan lantaran Syeikh Zainul Asri yang
diwar-warkan sebagai penceramah utama malam itu terpaksa dibatalkan undangan
gara-gara berbeza ideologi politik dengan kerajaan memerintah. Diturutkan kata
teman yang ingin membeli cucuk-cucuk Proton, lalu mereka menyangka akan dapat
tempat duduk belakang. Namun sangkaan mereka meleset, jemaah masih belum
berkumpul. Peluang yang diberi untuk memenuhi baris hadapan Masjid Sultan
Badlishah tidak ditolak mentah. Malahan
dua sahabat adalah mereka yang duduk menghadap pelajar Darul Hadis
berqasidah.
Qasidah malam itu benar-benar mengasyikkan.
Mungkin dia tidak pernah mendengar qasidah, namun alunan rancak yang memuji
Rasullah itu benar-benar dirinya terpukau. Namun dalam ramai-ramai pelajar yang
berqasidah, seorang pelajar itu kelihatan agak matang berbanding pelajar lain
yang mungkin hanya dalam belasan tahun. Agakannya mungkin dalam 20-an.
Sesungguhnya wajah suci milik pelajar tahfiz takkan dapat dinafikan gadis biasa
sepertinya. Lalu hatinya terdetik, alangkah bagusnya kalau wajah soleh itu
menjadi miliknya yang bisa ditatap secara halal setiap hari dalam hidupnya.
Namun kesedaran bahawa diri tidak sesolehah dan setaraf milik wajah suci
membuatkan wajahnya tertunduk malu apabila si soleh mengangkat muka untuk
memandang para penonton.
Ustaz
penceramah lalu menyampaikan ceramah selingan kepada qasidah yang didendangkan
malam itu. Ustaz juga mengatakan dan mengingatkan pelajar bahawa qasidah
didendangkan untuk memuji Rasullah secara beramai-ramai dan tindakan pelajar
mengangkat tangan semasa berqasidah adalah kerana hati mereka merasakan
kehadiran rasa cinta dan rindu terhadap kekasih agung, Rasullah. Namun dirinya
yang tidak pernah mendengar qasidah, mungkin agak canggung untik melagukan
qasidah, maka dia lebih rela diam dan mendengar.
Malam
itu juga diselitkan ceramah selingan dari Professor Madya Dr Syukri. Cermahnya
sungguh berkesan, menghidupkan rasa cinta terhadap Rasullah. Mengingatkan
pelajar bahawa mereka akan dibangkitkan sutu hari nanti dengan orang yang
mereka paling sayangi. Berdoalah jiwa yang mendengar ceramah malam itu supaya
dibangkitkan dengan Rasullah, pemberi syafaat di hari Akhirat.
Usai,
ceramah Ustaz Syukri, qasidah dilagukan selama setengah jam termasuk qasidah Ya
Hanana. Apabila qasidah merdu itu tamat mereka diberitahu bahawa kan diadakan
jualan cakera padat qasidah di luar Masjid. Gadis itu tidak melepaskan peluang
untuk mendapatkan qasidah yang dijual, dengan niat untuk menderma kepada para
pelajar tahfiz. Ketika dua sahabat itu ingin menuju ke gerai jualan, kelihatan
wajah suci yang dipandang dari jauh berlari-lari turun tangga. Agak
menghairankan kerana pelajar itu sepatutnya sedang makan di jamuan yang
disediakan.
Namun
wajah soleh itu menunggu di hadapan gerai. Gadis itu ingin ke gerai membeli
cakera padat. Wajah soleh dengan berserban putih dan berbaju putih itu
tiba-tiba bersuara
“Siapa
nama awak?”
Gadis itu
terkejut dan terdiam kerana tidak menyangka wajah soleh itu ingin berbicara
dengannya.
Diajukan lagi
soalan
“Awak ni budak
TESL ke?”
Dia menggeleng
dan berasa amat kecewa.
“Maaflah salah
orang agaknya”.
Gadis itu kecewa
kerana sangkanya pemuda itu ingin berkenalan dengannya, rupanya dia tersilap
mencari rakan yang mungkin pernah ditemuinya. Dia bersangka baik, mana mungkin
si wajah soleh dan suci ingin mengenalinya. Umpama langit dan bumi, umpama pipit
dan gajah.
Hatinya kecewa,
harapannya wajah soleh itu miliknya suati hari nanti. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)