Sunday, January 31, 2016

Bilik Sewa Kota Damansara

2 Bilik Sewa yang Sangat Perlu Dijauhi

Assalamualaikum

Hari ni entry nak bagitau mengenai 2 bilik sewa yang disewakan anak dara tua kepada penyewa-penyewa wanita di luar sana.

1) 15D 215 Pangsapuri Palma Puteri, Seksyen 6, Kota Damansara

Pemberi sewa wanita yang dikenali dengan nama Ryna ini suka membawa ahli keluarga lelaki tanpa memberitahu ahli rumah yang lain. Dia juga seorang yang sangat kerek dan merasakan segala harta dalam rumah adalah hak milik dia seorang, segala apa yang kau pakai pun nampak salah di mata andartu ini.

2) Blok D 514 Pangsapuri Melur, Seksyen 4 Kota Damansara

Penyewa wanita yang tua dan tak kawen2 lagi sebab tak laku ni namanya Kak Azie. Muka lembut tapi cuba kau kata nak pindah, tiba2 senyap tanak bercakap. Lepas tu masa mula2 masuk kemain baik tapi bila kau nak keluar macam2 bahasa puaka yang akan dia lontarkan hanya kerana kau nak minta deposit padahal kau dah bagi notis sebulan.

Perempuan ni iklankan nak wanita solehah n cukup solat tapi sepanjang menetap kat situ tak pernah aku nampak dia bangun solat subuh. Kadang2 kita pun tak faham kan kenapa dia camni.


SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARIPADA DUA BILIK SEWA UNTUK LEBIH BAHAGIA

Monday, January 4, 2016

Jangan Minum Susu Low Fat

Susu lembu mengandungi kelas makanan yang terdiri daripada karbohidrat, protin, lemak, vitamin dan mineral. Membuang lemak daripada susu telah membuang komponen lemak daripada susu namun begitu adakah hanya lemak sahaja yang dibuang.

 Vitamin terdiri daripada dua jenis Vitamin iaitu vitamin yang larut di dalam air dan Vitamin yang larut di dalam lemak. Kumpulan pertama vitamin terdiri dari vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Asid Folik, B12 dan vitamin C adalah larut di dalam air manakala vitamin A, D, E dan K adalah terdiri daripada kumpulan kedua vitamin yang larut di dalam lemak.

Oleh itu, apabila lemak ini disingkirkan daripada susu lembu maka bukan sahaja lemak yang disingkirkan tetapi turut disingkirkan bersama-sama juga Vitamin yang larut lemak ini.

 Susu mengandungi segala macam mineral yang diperlukan tubuh badan termasuk kandungan mineral terbanyak di dalam susu iaitu Kalsium dan Phosphorus. Kedua-dua mineral ini sangat diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat.

Vitamin D adalah larut dalam lemak. Penyingkiran lemak dari susu samalah juga sebagai penyingkiran vitamin D dan juga vitamin A, E dan K. Fungsi penting vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium dan Phosphorus dari makanan dalam usus kecil.

Ini membawa maksud bahawa sekiranya makanan di dalam usus kecil banyak mengandungi kalsium dan phosphorus tetapi dengan kurangnya vitamin D, penyerapan ke dalam tubuh boleh tidak berlaku atau sedikit sahaja yang berlaku. Ini membawa maksud, dengan kurangnya vitamin D, makanan yang kaya dengan kalsium dan phosphorus hanya menjadi sia-sia kerana tubuh tidak dapat menyerap secara keseluruhannya. Inilah yang berlaku dalam kes susu rendah lemak.

Susu lembu memang mengandungi banyak mineral termasuk kalsium dan phosphorus tetapi dengan mengambil susu rendah lemak, segala lemak berserta vitamin A. D, E dan K telah turut hilang. Kehilangan vitamin D dan K sebagaimana dijelaskan di atas menyebabkan kandungan kalsium dan phosphorus yang kaya di dalam susu tidak dapat dimanfaatkan oleh tubuh badan. Ini membawa maksud bahawa pengambilan susu rendah lemak menyebabkan:

1. Kehilangan lemak baik dari susu
2. Kehilangan Vitamin A, D, E dan K
3. Kehilangan mineral Kalsium dan Phosphorus kerana tubuh tidak dapat menyerap kesemuanya.



Susu rendah lemak adalah sebenarnya susu cacat yang sudah dibuang komponen penting lemak yang menyumbang peranan yang amat penting dalam kesihatan manusia. Susu rendah lemak adalah susu cacat dimana kandungan lemak daripada susu ini telah dikeluarkan. Lemak susu yang dikeluarkan ini tidak dibuang tetapi dijual untuk pelbagai kegunaan lain.

Saya juga selepas membaca perkara ini secara rutin minum air full cream dan tidak akan sesekali membeli susu low fat. 

Saturday, January 2, 2016

Sakitnya Putus Cinta

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak menjengah ke blog sendiri dan menulis sesuatu. Banyak sangat perubahan dalam diri ni sejak kali terakhir buka blog dan sekarang terasa ingin menulis.

Disebabkan saya tidak pernah punya pengalaman bercinta begitu lama, maka tempoh masa setahun adalah agak lama bagi saya.

Berkenalan dan kemudiannya pernah keluar bersama, perempuan mana yang tidak jatuh hati.

Mantan seorang guru di SK Seri Melati, guru bahasa Ingeris dan Pendidkan Jasmani.

Bukanlah saya nak memburukkan orang lain tetapi kerana sakitnya penantian kemudian dibalas dengan sesuatu yang sangat tidak wajar menjadi satu dendam yang pasti tidak akan pernah dilupakan.

Daripada saya membuat sihir dan akhirnya saya juga yang menanggung dosa bukankah jauh lebih baik untuk saya menulis di blog sekadar melepaskan rasa geram yang teramat.

Lepas lama berkawan dan keluar sama, tiba-tiba saya mendapat kerja di tempat lain iaitu di Kota Damansara. Sebelum ini saya berkerja Batu Pahat, namun nasib tidak baik, bos mengambil tindakan kejam dengan memberhentikan saya kerja atas alasan yang saya menghadiri temuduga di tempat lain

Hubungan jarak jauh selalunya akan jadi sangat masalah bila lelaki tidak diberi perhatian sewajarnya. Dalam kes saya ini, mendapat teman lelaki yang mulut manis dengan hampir semua perempuan. Ini bukanlah tuduhan buruk yang hanya saya lemparkan tetapi saya dapat tahu kerana walaupun dia sudah bercinta dengan saya, dia sangat ligat dengan perempuan lain. Pernah dia keluar dengan saya,  saya ternampak skrin handphone dia gambar perempuan lain memakai telekung. Namun saya sedapkan hati kerana tidak mahu bergaduh.

Kemudiannya, ketika kami jauh dia juga tidak rajin untuk berkomunikasi dengan saya dan tidak pernah menghubungi saya bertanya khabar. Malahan kadang-kadang mesej dan wasap saya juga tidak dibalas.

Hati perempuan mana yang tidak tersentuh apabila di depan mata kemain baik dan sopan. Tetapi apabila jauh, selalu buat tak tahu.

Tetapi saya terus juga mencuba sedaya upaya untuk memastikan hubungan ini terus berjalan dengan menghubungi mantan setiap kali saya pulang ke kampung.Tetapi mantan terlalu sangat suka mengecewakan dengan mengambil ringan ajakan saya ini.

Tell me. Mana salah saya kalau kau dah cuba sedaya upaya untuk memastikan the only relationship you have would last for the rest of your life.

Namun dia masih juga memberi harapan walaupun saya jauh tetapi dia tak pernah lekang dengan ayat-ayat manis untuk memastikan saya tidak meninggalkannya.

Akhirnya, saya memberanikan diri untuk bertanya adakah dia serius untuk mahukan saya kerana saya hanya menunggu dia seorang sahaja lelaki.

Sekarang dia menghilangkan diri dan berperangai seperti biasa, tidak pernah membalas wasep dan juga mesej.

Ya Allah, terima kasih kerana menjauhkan aku daripada lelaki berperangai buruk seperti ini. Sekalipun saya tidak mampu untuk menyihirnya tetapi saya sumpah supaya kakak-kakak dia atau bakal anak-anak perempuan dia mengalami nasib yang sama seperti yang telah dia lakukan terhadap saya ini. Amin.


Thursday, June 12, 2014

Legal Aid & Dock Brief

Tinggal lagi sebulan lagi nak habis chambering, tiba2 tergerak hati nak tulis pasal dua benda alah ni.

Legal Aid. Masa mula-mula chambering kena selalu pergi Legal Aid n dengar masalah orang. Rasa best sebab takyah masuk ofis. Tapi sejak akhir2 ni macam2 masalah orang yang aku dengar. Trauma jugaklah.

Tadi ada seorang mak cik dan seorang budak perempuan datang. Aku macam biasalah, kalau pergi Legal Aid, kejenye main game je memanjang. Bila diaorang datang, mulalah berlagak cam lawyer. Jemput diaorang duduk n dengar masalah.

Rupanya dia datang sebab nak guna lawyer YBGK. Ceritanya abang diaorang ni pergi rumah ayah mertua dia nak ambil pam. Ayah mertua dia dekat luar kata masuklah dalam, pam ada kat dapur. Abang dia ni geraklah ke dapur. Lepas tu akak ipar yang ada dalam bilik menjerit. Benda ni jadi kecoh n isteri abang ipar ni datang rumah ayah dia sampai. Orang kampung dah kerumun.

Akak ipar abang dia ni  mengadu kena raba dengan abang dia ni. Isteri abang dia ni pulak kata kat suami dia, kalau betul abang tak buat potong tangan abang. Lelaki ni dengan nekad pergi dapur ambil parang dan kelar tangan sendiri sampai putus.

Abang ni kiranya difitnah dengan keluarga mertua sendiri. Perkara yang jauh lebih malang ialah isteri dia ni lepas tu tinggalkan keluarga, bawak pergi anak2 duduk dengan keluarga mertua. Sedangkan suami dia ni dengan baru sahaja kehilangan tangan kena duduk dalam penjara sebab keluarga dia tak mampu nak bayar jamin sampai RM5000.

Terkedu sangat dengar cerita bila buat Legal Aid ni. Orang Melayu yang miskin macam ni, lepas tu macam2 masalah pulak tu.


Saturday, January 25, 2014

Kenapa Aku

Rasa selamat sangat nak tulis semua perkara yang terjadi dalam hidup aku kat blog sbb tak ada orang yang kenal n takdelah orang nanti tanya2 macam kalau kita tulis sesuatu dalam facebook atau update dalam instagram.
     
   Sekarang ni office tengah kurang pekerja, kadang2 bos bagi kerja banyak2 lepas tu suruh buat cepat2. Lepas tu bila kita buat lambat, mulalah menjerit 'Kita ni kurang pekerja'. Tapi masalahnya, aku ni taklehlah nak keluar pergi court selalu sbb pekerja kurang. Aku seorang je kerani conveyancing n akulah student chmabering yang terkulat2 nak belajar Litigation.

    Jadi lawyer, tentulah kita nak pergi tengok perbicaraan secara live sebab bos kita buat kerja. Dahlah selagi belum short call tak dapat nak pergi temankan bos hadiri perbicaraan. Tapi bila aku dah short call n bleh ikut bos pergi court, sekarang ni pekerja pulak kurang. Sakitnya Hati. Bos aku bukanlah miskin nak hire pekerja lebih tapi nak jugak aku buat semua kerja.

Sedihlah sebab jadi kuli ni mmg kena ikut telunjuk bos je.






Hinanya Bangsa Aku di Mata kau

Sejak akhir-akhir ni chambering membuatkan aku rasa tertekan. Bangun pagi dan bersiap selalunya akan membuatkan aku terfikir dan ternanti apakah nasib aku hari ini. Hampir setiap hari dijerkah dan dijerit membuatkan aku kadang-kadang hilang minat untuk menamatkan chambering yang memerlukan tempoh sembilan bulan sebelum layak menjadi seorang peguam. Kadang-kadang balik rumah, aku menangis sendiri kerana tidak tahan dengan kerenah bos yang selayaknya aku panggil 'singa betina'.

Setelah berbincang dengan mak n abah, aku membuat keputusan untuk menukar tempat chambering di Johor yang mungkin memudahkan aku untuk ulang alik ke rumah hampir setiap hari. 

Tindakan terburu-buru untuk terus pergi interview tanpa menyelidik latar belakang firma guaman sememangnya membuatkan aku belajar dan sedar akan dunia pekerjaan tidak pernah semudah yang kita sangkakan.

Masuk2 sahaja sebelum berjumpa bakal 'master' aku berbual2 ngan secretary bos yang sebelum ini pernah ditemubual oleh aku melalui panggilan telefon. Katanya, bos bukan seorang Melayu, dia tidak suka orang berbahasa Melayu dengannya. Ini adalah hint pertama bahawa aku perlu speaking. 

Habis sahaja interview LA sebelum aku, aku dipanggil masuk oleh Bos.

Aku tak mampu nak mengingat segala perkara yang kita katakan kerana aku seolah-olah terkejut dengan Datuk seorang ini. Antara kata-kata yang aku mampu quote

"She(merujuk calon sebelum aku) actually chambering here nine years ago. But, I don't take her working here because she has a weak brain. Even if you send a monkey to the law school, it can get LLB. If you want to become a lawyer you must think fast and act like a lawyer"

Ini aku tak kisahlah sebab menunjukkan dia high expectation terhadap bakal pekerjanya. Kalau nak diikutkan memang ada kebenaran sebab tak semua yang dapat LLB tu totally qualified enough to be within this field. Tapi hati aku panas bila datuk ini selalu sangat menghina bangsa aku.

"Ni bukan syarikat Melayu. Orang Melayu bodoh. Asyik nak harapkan rezeki sahaja daripada Tuhan. Ingat Tuhan tu bodoh nak kasi rezeki kalau kita tak bekerja kuat. Kalau bodoh tak jadi Tuhanlah"

"Orang Melayu malas, kerja nak cepat je, gaji nak besar. Memanglah tak semua Melayu malas tapi 9/10 daripada Melayu tu malas.Government can give them education but not a work"

Memang sepanjang kat dalam bilik tu, Datuk ini asyiklah menghina bangsa aku. Memang banyak kebenarannya, bangsa aku tak ramai yang senang, kerja pun harap orang nak bagi sahaja. 

Sebelum aku angkat kaki, datuk tu perkenalkan aku dengan despatch dia Fahmi yang ada kelulusan engineering tapi tak ada kerja. Kesudahannya, dia hanyalah seorang despatch yang akan mencabut rumput di rumah Datuk pada hari tertentu. 

Somehow, I decided to stay chambering with my previous firm. Memang 10/01/2014 taught me if you have no moneys, you are totally nothing. I shall never forget his words and trying hard not to be typical Malay that he keep repeating while interview. 

Thursday, September 12, 2013

Bad Day

Hari ni tak tahan sangat bila bos marah2 tak tentu pasal depan klien. Rasa nak nangis tadi sebab bos menjerit2, pastu memang dia nak panggil Bodoh dah tadi macam selalu dia guna, tapi mungkin sebab ada klien dia x jadi. 

Apa2 pun, today was really bad day. I need to sleep

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...