Saturday, January 2, 2016

Sakitnya Putus Cinta

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak menjengah ke blog sendiri dan menulis sesuatu. Banyak sangat perubahan dalam diri ni sejak kali terakhir buka blog dan sekarang terasa ingin menulis.

Disebabkan saya tidak pernah punya pengalaman bercinta begitu lama, maka tempoh masa setahun adalah agak lama bagi saya.

Berkenalan dan kemudiannya pernah keluar bersama, perempuan mana yang tidak jatuh hati.

Mantan seorang guru di SK Seri Melati, guru bahasa Ingeris dan Pendidkan Jasmani.

Bukanlah saya nak memburukkan orang lain tetapi kerana sakitnya penantian kemudian dibalas dengan sesuatu yang sangat tidak wajar menjadi satu dendam yang pasti tidak akan pernah dilupakan.

Daripada saya membuat sihir dan akhirnya saya juga yang menanggung dosa bukankah jauh lebih baik untuk saya menulis di blog sekadar melepaskan rasa geram yang teramat.

Lepas lama berkawan dan keluar sama, tiba-tiba saya mendapat kerja di tempat lain iaitu di Kota Damansara. Sebelum ini saya berkerja Batu Pahat, namun nasib tidak baik, bos mengambil tindakan kejam dengan memberhentikan saya kerja atas alasan yang saya menghadiri temuduga di tempat lain

Hubungan jarak jauh selalunya akan jadi sangat masalah bila lelaki tidak diberi perhatian sewajarnya. Dalam kes saya ini, mendapat teman lelaki yang mulut manis dengan hampir semua perempuan. Ini bukanlah tuduhan buruk yang hanya saya lemparkan tetapi saya dapat tahu kerana walaupun dia sudah bercinta dengan saya, dia sangat ligat dengan perempuan lain. Pernah dia keluar dengan saya,  saya ternampak skrin handphone dia gambar perempuan lain memakai telekung. Namun saya sedapkan hati kerana tidak mahu bergaduh.

Kemudiannya, ketika kami jauh dia juga tidak rajin untuk berkomunikasi dengan saya dan tidak pernah menghubungi saya bertanya khabar. Malahan kadang-kadang mesej dan wasap saya juga tidak dibalas.

Hati perempuan mana yang tidak tersentuh apabila di depan mata kemain baik dan sopan. Tetapi apabila jauh, selalu buat tak tahu.

Tetapi saya terus juga mencuba sedaya upaya untuk memastikan hubungan ini terus berjalan dengan menghubungi mantan setiap kali saya pulang ke kampung.Tetapi mantan terlalu sangat suka mengecewakan dengan mengambil ringan ajakan saya ini.

Tell me. Mana salah saya kalau kau dah cuba sedaya upaya untuk memastikan the only relationship you have would last for the rest of your life.

Namun dia masih juga memberi harapan walaupun saya jauh tetapi dia tak pernah lekang dengan ayat-ayat manis untuk memastikan saya tidak meninggalkannya.

Akhirnya, saya memberanikan diri untuk bertanya adakah dia serius untuk mahukan saya kerana saya hanya menunggu dia seorang sahaja lelaki.

Sekarang dia menghilangkan diri dan berperangai seperti biasa, tidak pernah membalas wasep dan juga mesej.

Ya Allah, terima kasih kerana menjauhkan aku daripada lelaki berperangai buruk seperti ini. Sekalipun saya tidak mampu untuk menyihirnya tetapi saya sumpah supaya kakak-kakak dia atau bakal anak-anak perempuan dia mengalami nasib yang sama seperti yang telah dia lakukan terhadap saya ini. Amin.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...