Tinggal lagi sebulan lagi nak habis chambering, tiba2 tergerak hati nak tulis pasal dua benda alah ni.
Legal Aid. Masa mula-mula chambering kena selalu pergi Legal Aid n dengar masalah orang. Rasa best sebab takyah masuk ofis. Tapi sejak akhir2 ni macam2 masalah orang yang aku dengar. Trauma jugaklah.
Tadi ada seorang mak cik dan seorang budak perempuan datang. Aku macam biasalah, kalau pergi Legal Aid, kejenye main game je memanjang. Bila diaorang datang, mulalah berlagak cam lawyer. Jemput diaorang duduk n dengar masalah.
Rupanya dia datang sebab nak guna lawyer YBGK. Ceritanya abang diaorang ni pergi rumah ayah mertua dia nak ambil pam. Ayah mertua dia dekat luar kata masuklah dalam, pam ada kat dapur. Abang dia ni geraklah ke dapur. Lepas tu akak ipar yang ada dalam bilik menjerit. Benda ni jadi kecoh n isteri abang ipar ni datang rumah ayah dia sampai. Orang kampung dah kerumun.
Akak ipar abang dia ni mengadu kena raba dengan abang dia ni. Isteri abang dia ni pulak kata kat suami dia, kalau betul abang tak buat potong tangan abang. Lelaki ni dengan nekad pergi dapur ambil parang dan kelar tangan sendiri sampai putus.
Abang ni kiranya difitnah dengan keluarga mertua sendiri. Perkara yang jauh lebih malang ialah isteri dia ni lepas tu tinggalkan keluarga, bawak pergi anak2 duduk dengan keluarga mertua. Sedangkan suami dia ni dengan baru sahaja kehilangan tangan kena duduk dalam penjara sebab keluarga dia tak mampu nak bayar jamin sampai RM5000.
Terkedu sangat dengar cerita bila buat Legal Aid ni. Orang Melayu yang miskin macam ni, lepas tu macam2 masalah pulak tu.
No comments:
Post a Comment