Sejak akhir-akhir ni chambering membuatkan aku rasa tertekan. Bangun pagi dan bersiap selalunya akan membuatkan aku terfikir dan ternanti apakah nasib aku hari ini. Hampir setiap hari dijerkah dan dijerit membuatkan aku kadang-kadang hilang minat untuk menamatkan chambering yang memerlukan tempoh sembilan bulan sebelum layak menjadi seorang peguam. Kadang-kadang balik rumah, aku menangis sendiri kerana tidak tahan dengan kerenah bos yang selayaknya aku panggil 'singa betina'.
Setelah berbincang dengan mak n abah, aku membuat keputusan untuk menukar tempat chambering di Johor yang mungkin memudahkan aku untuk ulang alik ke rumah hampir setiap hari.
Tindakan terburu-buru untuk terus pergi interview tanpa menyelidik latar belakang firma guaman sememangnya membuatkan aku belajar dan sedar akan dunia pekerjaan tidak pernah semudah yang kita sangkakan.
Masuk2 sahaja sebelum berjumpa bakal 'master' aku berbual2 ngan secretary bos yang sebelum ini pernah ditemubual oleh aku melalui panggilan telefon. Katanya, bos bukan seorang Melayu, dia tidak suka orang berbahasa Melayu dengannya. Ini adalah hint pertama bahawa aku perlu speaking.
Habis sahaja interview LA sebelum aku, aku dipanggil masuk oleh Bos.
Aku tak mampu nak mengingat segala perkara yang kita katakan kerana aku seolah-olah terkejut dengan Datuk seorang ini. Antara kata-kata yang aku mampu quote
"She(merujuk calon sebelum aku) actually chambering here nine years ago. But, I don't take her working here because she has a weak brain. Even if you send a monkey to the law school, it can get LLB. If you want to become a lawyer you must think fast and act like a lawyer"
Ini aku tak kisahlah sebab menunjukkan dia high expectation terhadap bakal pekerjanya. Kalau nak diikutkan memang ada kebenaran sebab tak semua yang dapat LLB tu totally qualified enough to be within this field. Tapi hati aku panas bila datuk ini selalu sangat menghina bangsa aku.
"Ni bukan syarikat Melayu. Orang Melayu bodoh. Asyik nak harapkan rezeki sahaja daripada Tuhan. Ingat Tuhan tu bodoh nak kasi rezeki kalau kita tak bekerja kuat. Kalau bodoh tak jadi Tuhanlah"
"Orang Melayu malas, kerja nak cepat je, gaji nak besar. Memanglah tak semua Melayu malas tapi 9/10 daripada Melayu tu malas.Government can give them education but not a work"
Memang sepanjang kat dalam bilik tu, Datuk ini asyiklah menghina bangsa aku. Memang banyak kebenarannya, bangsa aku tak ramai yang senang, kerja pun harap orang nak bagi sahaja.
Sebelum aku angkat kaki, datuk tu perkenalkan aku dengan despatch dia Fahmi yang ada kelulusan engineering tapi tak ada kerja. Kesudahannya, dia hanyalah seorang despatch yang akan mencabut rumput di rumah Datuk pada hari tertentu.
Somehow, I decided to stay chambering with my previous firm. Memang 10/01/2014 taught me if you have no moneys, you are totally nothing. I shall never forget his words and trying hard not to be typical Malay that he keep repeating while interview.
No comments:
Post a Comment