Sunday, January 31, 2016

Bilik Sewa Kota Damansara

2 Bilik Sewa yang Sangat Perlu Dijauhi

Assalamualaikum

Hari ni entry nak bagitau mengenai 2 bilik sewa yang disewakan anak dara tua kepada penyewa-penyewa wanita di luar sana.

1) 15D 215 Pangsapuri Palma Puteri, Seksyen 6, Kota Damansara

Pemberi sewa wanita yang dikenali dengan nama Ryna ini suka membawa ahli keluarga lelaki tanpa memberitahu ahli rumah yang lain. Dia juga seorang yang sangat kerek dan merasakan segala harta dalam rumah adalah hak milik dia seorang, segala apa yang kau pakai pun nampak salah di mata andartu ini.

2) Blok D 514 Pangsapuri Melur, Seksyen 4 Kota Damansara

Penyewa wanita yang tua dan tak kawen2 lagi sebab tak laku ni namanya Kak Azie. Muka lembut tapi cuba kau kata nak pindah, tiba2 senyap tanak bercakap. Lepas tu masa mula2 masuk kemain baik tapi bila kau nak keluar macam2 bahasa puaka yang akan dia lontarkan hanya kerana kau nak minta deposit padahal kau dah bagi notis sebulan.

Perempuan ni iklankan nak wanita solehah n cukup solat tapi sepanjang menetap kat situ tak pernah aku nampak dia bangun solat subuh. Kadang2 kita pun tak faham kan kenapa dia camni.


SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARIPADA DUA BILIK SEWA UNTUK LEBIH BAHAGIA

Monday, January 4, 2016

Jangan Minum Susu Low Fat

Susu lembu mengandungi kelas makanan yang terdiri daripada karbohidrat, protin, lemak, vitamin dan mineral. Membuang lemak daripada susu telah membuang komponen lemak daripada susu namun begitu adakah hanya lemak sahaja yang dibuang.

 Vitamin terdiri daripada dua jenis Vitamin iaitu vitamin yang larut di dalam air dan Vitamin yang larut di dalam lemak. Kumpulan pertama vitamin terdiri dari vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Asid Folik, B12 dan vitamin C adalah larut di dalam air manakala vitamin A, D, E dan K adalah terdiri daripada kumpulan kedua vitamin yang larut di dalam lemak.

Oleh itu, apabila lemak ini disingkirkan daripada susu lembu maka bukan sahaja lemak yang disingkirkan tetapi turut disingkirkan bersama-sama juga Vitamin yang larut lemak ini.

 Susu mengandungi segala macam mineral yang diperlukan tubuh badan termasuk kandungan mineral terbanyak di dalam susu iaitu Kalsium dan Phosphorus. Kedua-dua mineral ini sangat diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat.

Vitamin D adalah larut dalam lemak. Penyingkiran lemak dari susu samalah juga sebagai penyingkiran vitamin D dan juga vitamin A, E dan K. Fungsi penting vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium dan Phosphorus dari makanan dalam usus kecil.

Ini membawa maksud bahawa sekiranya makanan di dalam usus kecil banyak mengandungi kalsium dan phosphorus tetapi dengan kurangnya vitamin D, penyerapan ke dalam tubuh boleh tidak berlaku atau sedikit sahaja yang berlaku. Ini membawa maksud, dengan kurangnya vitamin D, makanan yang kaya dengan kalsium dan phosphorus hanya menjadi sia-sia kerana tubuh tidak dapat menyerap secara keseluruhannya. Inilah yang berlaku dalam kes susu rendah lemak.

Susu lembu memang mengandungi banyak mineral termasuk kalsium dan phosphorus tetapi dengan mengambil susu rendah lemak, segala lemak berserta vitamin A. D, E dan K telah turut hilang. Kehilangan vitamin D dan K sebagaimana dijelaskan di atas menyebabkan kandungan kalsium dan phosphorus yang kaya di dalam susu tidak dapat dimanfaatkan oleh tubuh badan. Ini membawa maksud bahawa pengambilan susu rendah lemak menyebabkan:

1. Kehilangan lemak baik dari susu
2. Kehilangan Vitamin A, D, E dan K
3. Kehilangan mineral Kalsium dan Phosphorus kerana tubuh tidak dapat menyerap kesemuanya.



Susu rendah lemak adalah sebenarnya susu cacat yang sudah dibuang komponen penting lemak yang menyumbang peranan yang amat penting dalam kesihatan manusia. Susu rendah lemak adalah susu cacat dimana kandungan lemak daripada susu ini telah dikeluarkan. Lemak susu yang dikeluarkan ini tidak dibuang tetapi dijual untuk pelbagai kegunaan lain.

Saya juga selepas membaca perkara ini secara rutin minum air full cream dan tidak akan sesekali membeli susu low fat. 

Saturday, January 2, 2016

Sakitnya Putus Cinta

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak menjengah ke blog sendiri dan menulis sesuatu. Banyak sangat perubahan dalam diri ni sejak kali terakhir buka blog dan sekarang terasa ingin menulis.

Disebabkan saya tidak pernah punya pengalaman bercinta begitu lama, maka tempoh masa setahun adalah agak lama bagi saya.

Berkenalan dan kemudiannya pernah keluar bersama, perempuan mana yang tidak jatuh hati.

Mantan seorang guru di SK Seri Melati, guru bahasa Ingeris dan Pendidkan Jasmani.

Bukanlah saya nak memburukkan orang lain tetapi kerana sakitnya penantian kemudian dibalas dengan sesuatu yang sangat tidak wajar menjadi satu dendam yang pasti tidak akan pernah dilupakan.

Daripada saya membuat sihir dan akhirnya saya juga yang menanggung dosa bukankah jauh lebih baik untuk saya menulis di blog sekadar melepaskan rasa geram yang teramat.

Lepas lama berkawan dan keluar sama, tiba-tiba saya mendapat kerja di tempat lain iaitu di Kota Damansara. Sebelum ini saya berkerja Batu Pahat, namun nasib tidak baik, bos mengambil tindakan kejam dengan memberhentikan saya kerja atas alasan yang saya menghadiri temuduga di tempat lain

Hubungan jarak jauh selalunya akan jadi sangat masalah bila lelaki tidak diberi perhatian sewajarnya. Dalam kes saya ini, mendapat teman lelaki yang mulut manis dengan hampir semua perempuan. Ini bukanlah tuduhan buruk yang hanya saya lemparkan tetapi saya dapat tahu kerana walaupun dia sudah bercinta dengan saya, dia sangat ligat dengan perempuan lain. Pernah dia keluar dengan saya,  saya ternampak skrin handphone dia gambar perempuan lain memakai telekung. Namun saya sedapkan hati kerana tidak mahu bergaduh.

Kemudiannya, ketika kami jauh dia juga tidak rajin untuk berkomunikasi dengan saya dan tidak pernah menghubungi saya bertanya khabar. Malahan kadang-kadang mesej dan wasap saya juga tidak dibalas.

Hati perempuan mana yang tidak tersentuh apabila di depan mata kemain baik dan sopan. Tetapi apabila jauh, selalu buat tak tahu.

Tetapi saya terus juga mencuba sedaya upaya untuk memastikan hubungan ini terus berjalan dengan menghubungi mantan setiap kali saya pulang ke kampung.Tetapi mantan terlalu sangat suka mengecewakan dengan mengambil ringan ajakan saya ini.

Tell me. Mana salah saya kalau kau dah cuba sedaya upaya untuk memastikan the only relationship you have would last for the rest of your life.

Namun dia masih juga memberi harapan walaupun saya jauh tetapi dia tak pernah lekang dengan ayat-ayat manis untuk memastikan saya tidak meninggalkannya.

Akhirnya, saya memberanikan diri untuk bertanya adakah dia serius untuk mahukan saya kerana saya hanya menunggu dia seorang sahaja lelaki.

Sekarang dia menghilangkan diri dan berperangai seperti biasa, tidak pernah membalas wasep dan juga mesej.

Ya Allah, terima kasih kerana menjauhkan aku daripada lelaki berperangai buruk seperti ini. Sekalipun saya tidak mampu untuk menyihirnya tetapi saya sumpah supaya kakak-kakak dia atau bakal anak-anak perempuan dia mengalami nasib yang sama seperti yang telah dia lakukan terhadap saya ini. Amin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...