Wednesday, September 28, 2011

Muslimah

Betapa sekarang ini aku dalam dilema, telah aku luruskan niat untuk berubah menjadi muslimah yang jauh lebih baik, menutup aurat dengan sempurna dan menjaga hubungan baik sesama manusia. Tapi ujian yang datang dan masa lalu, kadang-kadang benar-benat membuatkan aku ingin berpatah balik menjadi diri aku yang lalu. Sejujurnya, aku sangat menggemari fesyen muslimah terkini dan shawl yang serba warna-warni. Rasanya, hidup menjadi serba tak lengkap kalau pakaian di badan tidak mampu menarik perhatian orang yang memandang. Ini bukanlah bertujuan untuk menarik minat daripada jantina lawan jenis tetapi untuk keyakinan diri. Aku sendiri kadang-kadang rimas dengan pakaian yang serba bertutup dan tudung yang dilabuhkan. Ya Allah kuatkan aku.

Masa lalu aku memang membuatkan aku merasakan inilah masa yang sesuai untuk berubah. Allah telah memanggilku, mengapa aku harus berpaling. Tapi perkara yang melemahkan aku seharian adalah:

`Eh, akak tu tiap-tiap hari dia vogue giler, daripada atas ke bawah, sedondon semua warna, kasut, fuh berkilat, beg mini dia comel je dengan baju kebaya'

Kalaulah korang di tempat aku apa yang akan korang rasa, semestinya merasakan ingin menjadi bahan perhatian mata manusia juga. Semoga aku ikhlaskan niat berubah ini semata-mata mendapat Redha Allah. Ya Allah, kuatkan aku.

2 hari lepas, aku terserempak dengan seorang akak tudung labuh ni, masa tu aku pakai sweater dengan tudung Ekin je, lepas tu, aku tak perasan dia lalu kat depan aku, tiba-tiba aku tengah jalan, ada orang berhenti kat tengah jalan, rupanya akak tu. Dia tak nak bagi aku lalu pun, malah buat muka masam dengan aku, macam jalan tu dia punya sorang. Masya Allah, betapa terhakisnya pandangan tinggi aku terhadap tudung labuh ni.

Astaghfirullah, Ya Allah, aku niatkan perubahan ni semata-mata kerana Engkau Ya Allah, kuatkan aku, moga aku istiqamah. Aku coretkan perkara ni di blog serba sepi ini kerana aku kadang-kadang buntu ingin menuju kepada siapa.

Kalaulah orang lain tahu latar belakang pendidikan aku yang lalu, semestinya ramai yang merasakan aku memang sudah lama patut menjadi golongan alim. Tapi hidayah ini milik Allah. Setiap kali ujian sekolah agama, aku akan menjadi pelajar terbaik, pelajar terbaik kelas tahfiz dan pelbagai lagi pencapaian dalam bidang agama. Tapi, seolah-olah ilmu yang ditimba itu tidak mampu menyerap dalam hati. Mengapa apabila kini, aku merasakan betapa jauhnya aku dengan Allah, aku merasakan aku memerlukan RedhaNya. Aku dah tak sanggup membuta tuli hidup dalam kejahilan macam ni.

Semoga Allah membuatkan aku istiqamah dalam menjalani perubahan ini.






Muslimah sejati, impianku, InsyaAllah

Antara motivasi seharian untuk berubah, lagu Muslimah daripada Nazrey Johani


Monday, September 26, 2011

Wardatul Shaukah

Wardatul Shaukah bermakna mawar berduri

Kalaulah seorang perempuan mengakui betapa berharganya dirinya,

Pasti akan disembunyikan segala perhiasan dan menutup auratnya dengan sempurna

Kalau dulu, aku selalu meremehkan perempuan bertudung labuh, mereka kadang-kadang berperangai lebih buruk daripada perempuan tudung pendek, tapi bila sudah semakin dewasa dan rajin mengikuti kursus agama, aku sedar

Pengorbanan mereka untuk menjaga kehormatan diri dan agama, adalah tak ternilai.

Sedarlah wahai diri, janganlah kau jadi bunga murah, menayangkan kecantikan diri bukan pada yang hak,

Peliharalah kehormatan diri dan agamamu.

InsyaAllah.

Saturday, September 17, 2011

Melunas Rindu

Walaupun tak ada yang rindukan aku kat blog, tapi aku rindu nak menulis. Dari zaman aku praktikal, kerja maid, sampailah habis cuti sem 4 bulan aku, tak pernah sekali pun aku tergerak hati nak jenguk blog lusuh ni. Hai, wireless kat rumah macam hampeh~



Sesungguhnya demi Allah, aku sepatutnye sedar yang aku tak patut terjerat dengan secret admire pada usia 21 tahun?! OMG, aku perlukan REAL BOYFRIEND, bukan SECRET ADMIRE. Untuk pengetahuan readers(kalau adalah, sedar diri siapa), aku tanpa segan silu hantar kad raya kat dia(secret admire aku) yang memang aku gila-gilakan sejak sekolah menengah lagi. Akhirnya, aku kecewa sendiri sebab balasan pun tak terima,ucapan terima kasih pun tak ada. Astaghfirullah, aku sain nama aku besar-besar kot kat kad tu then tulis ikhlas berserta nama sebenar aku.

Akhirnya aku sedar, selama ini, aku bermain dengan perasaan sendiri dan baru sahaja tadi, aku block dia dari freind list kat Facebook. Kalau korang nak tau, aku stalk dia setipa hari, dan hampir semua pasal dia aku tahu. Sumpah aku MALU BESAR


Tak apalah, bertepuk sebelah tangan sampai bila pun tak berbunyi, akhirnya, aku bulatkan tekad untuk lupakan dia dan set target untuk tempoh masa 5 tahun akan datang.Semoga Allah izinkan


1. Aku mahu jadi Timbalan Pendakwa Raya selepas tamat ujazah.

2. Aku mahu buka stesyen minyak sendiri

3. Aku mahu melancong ke negara Korea ketika musim sejuk

4. Memiliki kereta idaman.

Wednesday, May 4, 2011

The Boy in a Striped Pyjamas

Pernahkah korang tengok cerita zaman-zaman Holocaust, masa aku kecik aku selalu layan cerita-cerita macam ni, lepas tu trauma tak tentu pasal. Salah satu yang aku tak ingat tajuknya ialah pasal orang kisah seorang doktor yang bantu para banduan Yahudi untuk gugurkan anak masa dalam penjara. Doktor ni dikira berjasa sebab pada masa tu, kalau Yahudi ni mengandung, dia akan dijadikan bahan eksperimen, dipotong perut dan bagai2lah. Aku trauma tengok cerita ni n aku ingat sampai sekarang sebab terlalu banyak mayat dalam scene cerita ni. Kali ni, aku tengok cerita The Boy in a Sriped Pyjamas pulak.




Cerita ni pun berkisar zaman Holocaust jugak tapi tak seganas cerita zaman Holocaust yang lain, mungkin ada scene yang dipukul dan tengking Yahudi tapi tak ekstrem manelah. Cerita ni bermula bila anak Commandent askar Jerman pindah kat kawasan yang dekat dengan penjara yang ditempatkan banduan Yahudi ni. Budak ni kesian sebab dia takde kawan, so dia explore lah tempat tu n akhirnya dia jumpa dengan Shmuel, yang merupakan salah satu tahanan penjara ni.Si Bruno ni bengong kot sebab jeles kat Shmuel, sebab dia tak tau budak ni tahanan penjara dan jeles sebab si Shmuel ramai kawan.

Aku pendekkan jelah k, sebab aku banyak tak stadi lagi ni, lepas tu mereka bersahabat baik.



Satu hari, Bruno kena pindah, jadi dia sedih nak tinggalkan kawan dia, si Shmuel ni. So, dia pun pakailah baju tahanan penjara n masuk dalam penjara ngan kawan dia. Dipendekkan cerita, dia tidak bernasib baik dan diabakar hidup-hidup dengan kawan tahanan penjara dia, Shmuel ni.

Aku bukanlah seorang yang sokong yahudi tapi aku rasa mereka memang sangat berpengaruh nak buatkan kita percaya yang mereka ni kaum yang baik. Paling sedih dalam scene ni adalah watak Pavel, yang sebelum menjadi hamba abdi kat keluarga Bruno adalah seorang doktor yang terlatih. Akhirnya dia mati sebab dipukul sebab tertumpahkan wine masa nak isi dalam gelas.

Aku tergerak hati nak tulis pasal cerita ni sebab masa belajar Public International Law ada kes pasal Israel yang menjajah Palestin dan International Court tak mampu nak ambil apa-apa tindakan. Seagai orang Islam, janganlah kita lupa untuk sentiasa berdoa bagi rakyat Palestin yang menjadi mangsa kejahatan Yahudi laknatullah ni. Semoga Allah sentiasa memberi mereka kekuatan, InsyaAllah.

Final Sudah Dekat

Semakin hari aku merasakan waktu untuk belajar masih suntuk
Tapi kenapa ya, aku masih tidak mahu menghabiskan sepenuh masa dan tenaga untuk
mengulangkaji dan menghabiskan pembacaan
Satu je jawapannya
Kau malas, Kau malas
Hehe,
Public International Law yang bukan main banyaknya
aku baru baca dua bab
tu pun setelah bantai tido bukan main lama nya.
Ya Allah, ubahlah hati ni
Semoga ada kesungguhan~

Thursday, April 21, 2011

Sauna





Selepas membaca kebaikan sauna,iaitu dibandingkan dengan aktiviti bersukan yang lain


1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Rasa berbaloi sauna aje daripada berjoging bagai yang memang penat,Alhamdulillah aku belajar kat UUM yang memang sauna disediakan kemudahanya di Pusat Sukan UUM. Bayaran yang dikenakan pun berbaloi sebab RM 3 sahaja dan tiada time limitations. Cuma aku selalu sakit kepala lepas masuk sauna, tapi apapun BERBALOI.

Bicara Imam Muda Asyraf



Semalam, seperti yang tertera dekat poster, pergilah ceramah Imam Muda Asyraf. Alhamdulillah, antara orang yang dipilih Allah untuk mendengar ceramah Imam Muda ni. Rasa kagum sebab tak kisahlah soalan ape yang ditanya, pasti ada hujah yang bernas, ayat Al-Quran atau hadis spontan yang dijadikan dalil. Ringkasan antara yang aku sempat catat, kalau rajin bacalah, tapi aku tulis pun untuk rujukan aku je.

1. Kebanyakan soalan yang ditanya kepeda Imam Muda ini melalui e-mel dan Fb adalah masalah cinta. Akhirnya dia membuka cerita tentang dirininya yang bercinta selepas kahwin. Graf orang yang bercinta selepas kahwin akan meningkat manakala yang bercinta sebelum berkahwin menurun. 50% daripada mereka yang bercinta sebelum berkahwin berakhir dengan perceraian erdasarkan statistik Lembah Klang.

2. Cinta ada dua jenis, yang dicari dan yang diberi. Cinta yang dicari adalah cinta berlainan jantina yang dilayan hawa nafsunya, akhirnya berakhir dengan kemungkaran, Manakala cinta yang diberi pula adalah rasa cinta yang terbit selepas diijabkabulkan kerana merasakan bersyukur ada yang sanggup menanggung tanggungjawab kerana Allah sebagai suami.

3. Menurut Islam, ketika Baitulmal dahulu sekiranya seorang miskin datang meminta wang, sekiranya mereka tidak bekerja, maka sedikit pun wang tidak akan diberikan. Yusuf Al-Qardawi menyatakan sekiranya seorang miskin datang meminta sedekah dalam fizikal yang baik, jangan dieri satu sen pun. Ini kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya memeinta sedekah.

4. Pada Rasullah, kedudukan seseorang itu diukur berdasarkan hubungannya dengan Allah. Berdasarkan ramalan Rasullah dalam Perang Khandaq, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya membuka Kota Constantinaple pada usia 20 an, baginda seorang yang sultan yang soleh dan tidak pernah meninggalkan solat Tahajud.

5.Masyarakat masa kini lebih memfokuskan keunikan dalam mencari pekerja. Sebagai contoh, seorang pekerja telah dipilih daripada berama-ramai graduan yang hadir walaupun universiti Afrika Selatan tempat dia belajar itu tidak diiktiraf kerana dia mampu berbahasa dalam 7 bahasa. Oleh itu, keunikan yang dicari sebenarnya pada masa kini.

6. Menurut Islam, tiada kufu. Aku tahu kalau korang nis tudent law, mesti faham salah satu requirement adalah sama kufu. Menurut Ulamak, kufu yang ada hanyalah dari segi pendidikan dan amalan agama seseorang.

OKlah, bubbye, Semoga bermanfaat.

Friday, April 8, 2011

Benarkah Cinta

Kalaulah benar ada cinta, mengapa masih ramai yang menanti dengan penuh setia akan kehadiran sang putera?mengapa aku masih single?. Semakin aku dewasa pesoalan ini semakin kerap bermain di benak, seolah-olah tiada jawapan. Kalau nak diikutkan rupaku tiada cacat celanya, bolehlah dikatakan menarik, tapi mengapa masih single. Sambil termenung dan melayan perasan yang menjerat diri dengan seribu persoalan, aku masih tiada jawapan yang pasti. Akhirnya, aku mengalah dan segera melelapkan mata.

Kelas Public International Law pagi itu bosan seperti biasa, aku tidak pernah faham akan ajaran pensyarah dan seperti biasa setelah menandatangani kehadiran, aku segera mengangkat kaki dan beredar ke luar BK 6 untuk online mencari aplikasi dan game terbaru untuk telefon HTC Desire HD milikku. Menjadi single memang bukan keinginan tapi aku tidak pernah bersedia untuk menjadikan kawan-kawan lelakiku sebagai seorang yang istimewa dalam hidupku. Persoalan mengenai masih single bermain di benakku sejak kebelakangan ini. Setelah menyambut hari lahir yang ke-21, aku bertambah runsing dengan persoalan yang aku kira remeh ini. Kalau nak diikutkan dengan pekerjaan sebagai peguam kelak, aku mampu hidup berdikari, tapi kerana stigma masyarakat yang memandang rendah wanita yang tidak berkahwin membuatkan aku pening. Ini semua ditambah pula dengan salah seorang ahli keluargaku yang masih belum berumah tangga dan aku kasihan melihatnya yang sering bersendirian dalam menyelesaikan konflik hidup. Sedang aku bermonolog sendiri tiba-tiba ada seorang senior menegur

`Oi, tuang kelas ke? ‘selamba sahaja dia menanyakan soalan itu

Aku yang malu kerana kantoi pula hanya senyum dan buat-buat tak dengar. Segera aku pergi meninggalkan abang itu dan masuk semula ke kelas, sambil mencarut di dalam hati kerana terbantut keinginanku untuk memuat turun aplikasi terkini. Belajar di fakulti undang-undang membuatkan mahasiswa yang masih single semakin tersepit hendak mencari pasangan hidup. Daripada 90 orang, kami hanya memiliki suku lelaki dengan hanya 5 daripadanya lelaki Melayu. Tambahan pula, kebanyakan daripada mereka bukanlah lelaki sejati, semakin menyampah aku memikirkan semua ini.

`Oh, habislah aku jadi andartu nanti’

`Hai, jodohkan rahsia Allah, kau sabar boleh tak?’

`Kau cakap senanglah sebab kau dah ada, kau takkan fahamlah, Yus. Sejak akhir-akhir ni aku risau pasal status aku ni’

`Relakslah Madi, umur kau baru 21 tahun, kau ada lagi 3 tahun nak fikirkan benda ini, aku ni pun bukan tentu lagi dapat kat si Faizal tu, manalah tau putus di tengah jalan’

`Menyampahlah aku dengar kau ni membebel, kalau dah tiap-tiap malam gayut, takkanlah tak jadi pulak’

Malam itu, aku tidak lagi melayan YM yang dicanang sebagai medium pencari jodoh terbaik. Kebanyakan lelaki yang aku jumpa pasti akan meminta webcam yang selalunya ditolak oleh aku, lagipun mereka lebih tertarik untuk berbincang mengenai sex daripada berkenalan. Akhirnya aku sendiri menjadi malas untuk melayan mereka. Persoalan jodoh adalah rahsia Allah memang aku pegang teguh tetapi mengapa masih ada andartu dalam masyarakat, adakah kerana pasangan mereka mati sebelum tiba waktu yang sepatutnya atau mungkin mereka lebih selesa hidup bersendirian daripada hidup berdua. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi

`Madi, turun bilik aku sekarang, kau salahlah buat assignment Constitutional Law ni’

Segera aku bergerak menuju ke bilik rakan baikku itu tanpa berlengah, memang beginilah rutin hariku, kalau tidak ke kelas, pasti akan membuat assignment.

Setibanya,

`Sebenarnya assignment kau eloklah Madi, Tapi ni, tadi aku pergi pejabat, Nampak bungkusan nama kau ni, dah seminggu kat situ, huh, kiranya masa hari lahir kaulah kan, kau dapat bungkusan ni, aku bawa balik ni. Cepatlah bukak, aku nak tahu juga apa isinya’

`Hampeh betullah kau ni Yati, penat aku bergegas ke bilik kau, sapelah pulak yang murah hati nak kasi aku bungkusan bagai ni’

Segera bungkusan itu beralih tangan. Aku cepat-cepat mengoyakkan kertas balutan berwarna biru itu, kelihatannya dibalut dengan rapi, aku dapat meneka isinya pasti kain baju dan kotak di tengah. Ternyata tekaan ku salah, bungkusan itu berisi kain telekung dan senaskhah Al-Quran. Fikiran aku bermain dengan teka-teki tentang siapakah pengirim misteri itu, aku menyelak Al-Quran berwarna emas dan terjumpa nota kecil yang bertulis:

Akan ku curi hatimu dengan izin Allah,
Akan ku sayangi hati itu dan akan ku pastikan dalam doaku
Tidak tertinggal memohon kepada Allah
agar hati itu sentiasa dalam keadaan tenang
Dengan sentiasa zikrullah
Bersih dengan ilmu-ilmu Islam
Dibajai dengan Ukhuwah Fillah
dan Disuburi dengan Husnuzon kepada orang lain
Moga hati itu akan menghiasimu
Dengan peribadi Muslimah yang Unggul
Amin
Salam Sayang bersulam Ukhwah
Khas buatmu sahabatku
Syukran Jiddan-Jiddan

Sekali baca aku sendiri pun kurang faham, nasib baiklah rakan Yati yang memanggil aku ke bilik ini pernah mempelajari Bahasa Arab. Dia menerangkan Ukhuwah Fillah bermaksud hubungan dengan Allah, yang biasa dilakukan dengan beribadat dan berdakwah. Manakala Husnuzon bererti bersangka baik sesama manusia. Syukran Jiddan-Jiddan di akhirnya pula bermaksud terima kasih banyak-banyak. Aku terkedu dengan nota kecil yang besar maknanya ini. Aku menangis kerana terharu masih ada insan yang mengharapkan agar aku memperbaiki peribadi aku dan berusaha untuk menjadi muslimah yang unggul. Selama ini, aku mengambil remeh tentang hal-hal agama. Tia-tiba aku teringat kata-kata seorang sahabat

`Some said woman heart is so lost in Allah, that you have to try hard to get it’

Sejak dari hari itu, aku cuba memperbaiki diri sendiri, kerana aku yakin dengan dalil ini

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Setelah tiga tahun memperbaiki diri, akhirnya tamat sudah pengajianku di Universiti Malaya ini, usrah yang terakhir pada petang itu membincangkan mengenai kecantikan dan jodoh. Dalam berdakwah secara berhikmah ini, aku menceritakan kepada ahli usrahku mengenai Julaibid .Dia lelaki pendek. Kerdil. Kulitnya hitam legam. Mukanya hodoh. Dirinya miskin. Bahkan hidupnya, sebatang kara. Namun, di akhir kisah hidupnya menyentuh ahli usrahku kerana cintakan Allah, akhirnya dia syahid sebelum sempat bersama isteri yang baru sahaja dinikahi. Di akhir usrah, aku mengingatkan mereka, janganlah mengejar cinta manusia semata tetapi kejarlah cinta Allah kerana InsyaAllah, Allah membimbing kita untuk bertemu dengan jodoh yang diredhaiNya. Sebelum melangkah pergi, aku memeluk setiap dari mereka dan mengingatkan juga untuk sering memelihara diri.

Setianya di rumah pada petang itu, aku berbual dengan ibu di anjung rumah sambil menjamah pisang goreng yang digoreng aku.

`Madi, mak ada benda nak bincang ni, pasal masa depan kau ni’

`Erm, ape cakaplah, mak janganlah risaulah pasal jodoh, Madi malas nak fikir, kalau ada, ada, kalau tak ada, apa salahnya terus menanti’

`Memang pasal itulah yang mak nak cakapkan, Mak Salmah yang anaknya belajar Indonesia tu tanya-tanya pasal kau. Dia kata anak dia yang suruh mak dia tanyakan kau. Mak jawablah tak ada, ke kau dah ada orang ni?’

Tiba-tiba aku terbayangkan telekung yang aku terima tiga tahu lepas, memang sulamannya seperti berasal dari Indonesia, namun aku masih meneka.

`Memang tak adalah, mak. Tapi kalau dia nak kat Madi, boleh tak, kita jumpa dulu, bukan apa, mak, setakat sesi taaruf sahaja’

Kalau nak diikutkan bukanlah aku tidak kenal dengan abang Safwan, ketua Badan Rohani sewaktu sekolah dahulu, wajahnya yang penuh dengan cahaya keimanan pasti membuatkan hati sentiasa tenang apabila mendengar ceramahnya. Tetapi, siapalah aku untuk memulakan perkenalan waktu sekolah dulu, pandai pun bukanlah sangat, apalah lagi alim, jauh sekali.

Akhirnya pertemuan dibuat antara kami

`Madi, dah makan? ‘

`Dah, maaflah yer, kita jumpa kat tempat terbuka ni sebab Madi nak tanya sikit, sekadar meminta kepastian sahaja, bukannya apa. Safwan ke yang bagi Madi hadiah masa hari lahir madi yang ke-21 dahulu, kalau salah jangan marah, Madi sekadar bertanya’.

`Mana Madi tahu ni, memanglah Madi ni teliti orangnya, abang belikan telekung tu khas untuk Madi. Sebenarnya memang dah lama abang perhatikan Madi sejak sekolah dahulu, tapi yelah, dengan jawatan abang waktu sekolah dulu, manalah sesuai nak bercouple, tapi abang pasti jodoh adalah rahsia Allah, sebab tulah abang kata dengan izin Allah, abang akan datang.’

Pertemuan yang dibuat pada malam itu merungkai segala misteri yang tersimpan selama lebih tiga tahun, kini aku pasti dengan janji Allah,

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Bersedialah untuk berubah sekiranya kita inginkan pasangan hidup yang baik, jodoh pula adalah rahsia Allah, janganlah pernah penat meminta daripadaNya untuk dihadirkan pasangan yang bakal membimbing hidup kita di dunia dan penanti yang setia di syurga. InsyaAllah.

Setelah pertemuan itu, pertunangan diikat antara kami dan debaran menanti gelaran sebagai seorang isteri.

Saturday, March 5, 2011

Kesan Awal ;)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Rasanya berbaloi sungguh apabila aku amalkan diet yang aku cerita kat blog tempoh hari, memanglah dicadangkan nasi diganti dengan oat tapi disebabkan oat tak ade kat kedai kooperasi, maka aku gantikannya dengan nestum. Disebabkan aku ni alergik sikit ngan susu maka aku campur Milo, maka macam minum nestum coklatlah. Dalam masa empat hari, aku amalkan diet ni, jiran seelah bilik dah mula perasan yang muka aku cengkung, tapi tak berapa ketara. Aku gembiralah sebab memang aku idamkan muka V-shape, senang bila nak pakai shawl, tak adalah nampak bulat sangat. Lepas tu, lebih kurang seminggu, aku dah boleh pakai baju yang sumpah ketat pada mulanya, bukan ketat seluruh badan, tapi bahagian pinggul sahaja. Aku tekad nak amalkan diet ni sebulan dan pastikan berat badan maintain.


Oklah, cukup2lah cerita pasal diet ni, nak cerita pasal semalam pulak, sepanjang sehari semalam, aku n Jiha comel, kita peg satu ceramah kaunseling. Memang peristiwa ni sumpah kelakar, julanya naklah gantikan kawan aje, tapi kita berdua tak tau yang ceramah tu hanya auntuk ahli JKPS sahaja, dipendekkan cerita kita tak tau langsung, bila dah sampai baru tau. Ni semua disebabkan nak kejar sira punya pasal. Apa-apapun, ceramah ni sangat enjoy, ada praktikal yang diajar sekali dengan ceramah yang perlu dilakukan pelajar. Apa-apapun, terasa berbaloi dan Alhamdulillah, kami antara insan terpilih yang diajar teknik kaunseling ni. Lepas ni, agak-agak kalau ada yang ada masalah, olehlah jumpa ngan saya n Jiha.

Sekarang ni, aku tengah pening nak buat tajuk bunuh diri untuk informative speech. Ya Allah, berilah ilham kepadaku. Amin

Thursday, February 24, 2011

Gemuk, Gemuk

`Eh, ketatnya baju yang kau pakai ni.Mesti badan dah naik kan?'



Ok, kalau situasinya kawan perempuan sendiri yang kata macam ni, tak adalah terasa sangat, paling tidak pun anggap gurauan semata. Tapi, bayangkanlah kalau mak cik yang kau jumpa, katakanlah saudara yang jarang kau jumpa, mestilah terasa. Masa nilah rasa sasau sebab makan main ikut suka hati sahaja. Masa nilah, nak rajin-rajinkan diri bersenam, kurangkan makan, jaga pengambilan kalori. Tapi percaya atau tidak, biasanya anda akan tewas pada situasi, kawan mungkin, atau tekanan kerja. Bergantung pada pengalaman masing-masing, tapi kalau aku, sebab tekanan kerja. satu-satunya cara untuk menghilangkan tekanan ni adalah sengan makan sebanyak mungkin. Setelah menimbangkan pelbagai cara untuk menjadikan azam tahun baru ni berjaya iaitu menurunkan berat badan daripada 70 kilo kepada 50 kilo adalah dengan mencipta diari pemakanan. Anda dinasihatkan supaya tidak membohong diri sendiri dengan menyembunyikan pemakanan anda yer. Baiklah, maka dengan ini, blok ini juga mempunyai diari pemakanan saya seharian.


Jusmate 5
Adakah anda pernah mencuba produk ini? Dinasihatkan tak payahlah sebab testimoni aku sebagai salah seorang pennguna menyatakan perkara ini adalah sia-sia. Sebab yang aku boleh beri adalah kerana berdasarkan diet yang tersedia dengan produk yang dibeli memang dijamin korang akan kurus tanpa mengambil Jusmate 5 ni. Makan epal hijau hari-hari, siapa tak kurus beb, pantang larang dia juga menyatakan makan nasi adalah dilarang dengan menggantikannya sengan sup. Matilah~


Oat
Sebagai menggantikan nasi yang semua sedia maklum mengandungi karbohidrat yang tinggi, anda digalakkan mengambil oat sebagai ganti. Ini kerana oat terkenal dengan keupayaannya menurunkan berat badan dan memelihara kesihatan jantung. Selain itu, oat ini juga boleh digunakan untuk merawat kulit. Kandungan beta-glukan mampu membantu melancarkan peredaran darah. Manakala kandungan avenanthramides berfungsi sebagai antioksidan. Ok, aku bukan pelajar perubatan tetapi pembaca majalah Harmoni edisi Januari.



Baiklah, dengan ini, aku berazam untuk menurunkan berat badan dengan menggantikan pemakanan nasi dengan oat dan mencatatkan diari pemakanan setiap hari di blok ini.

25/2

Nasi tomato dan air suam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...