Thursday, December 6, 2012

Anak Kecil Itu

Namanya Irfan. Usianya baru sahaja mencecah 3 tahun, tapi tidak seperti kanak-kanak lain dia masih tidak pandai bercakap.Ibu bapanya sudah bercerai.Kini Irfan tinggal bersama ibunya yang tidak bekerja.

 Aku tidak menyalahkan ibunya kerana ketika bersama dia banyak kali Irfan dipukul seolah-olah Irfan faham akan kesalahan diri.

 Situasi Pertama
Jiah yang merupakan salah seorang keluarga angkat aku kat Thailand membuka cerita kartun di BB nyer sebab televisyen di rumah Irfan masih lagi tidak stabil. Disebabkan masalah itu, Tivi rosak dan Irfan tidak dapat menonton kartun.

 Ketika cerita kartun dipasang, Irfan duduk kat pangku aku, pastu dia tibe2 meludah.Nak dijadikan cerita, terkena seluar aku. Mak dia yang ada dekat Irfan pukul Irfan sampai dia menangis, pukul sekuat-kuatnya pakai hanger lagi. Aku dan adik-beradik angkat yang lain terdiam terus.

 Masalahnya, Irfan tu baru 3 tahun, dahlah tak pandai bercakap lagi. Manalah dia sempat nak defence diri dia. Meludah memang salah tapi kanak-kanak 3 tahun yang mungkin tidak faham sebab dan akibat kesalahan mereka sendiri tidak seharusnya dipertanggungjawabkan atas kesalahan mereka.

 Situasi Kedua
 Mak Irfan bawa kami jalan-jalan di jeti. Kami duduk di hujung jeti sambil berbual-bual. Tibe2 aku terpandang Irfan mendekati seekor kucing. Tibe2 dia tolak kucing tu jatuh laut. Aku terkejut beruk, padahal tgh layan sembang mak dia yang ada skandal baru. Cepat2, aku jerit. Semua orang pandang Irfan. Nasib baik ada pak cik yang selamatkan kucing tu.

 2 hari lepas tu, Irfan masukkan kucing dalam perigi rumah dia. Aku mandi pakai perigi tu masa menumpang kat rumah mereka. Perigi tu agak dalam sampai terpaksa panggil orang panjat masuk dalam perigi dan keluarkan kucing tu. Maka, janganlah korang buat konklusi aku pengotor mandi guna air mandi kusing sebab memang aku tiada pilihan semasa menetap di sana.

Inilah gambar perigi yang ceritakan itu. Perigi ini diisi dengan air hujan. Kalau korang perasan ada batang paip, saluran untuk mengumpul air hujan.

Sebenarnya aku menyertai program Baksis di Koh Yao, Thailand masa cuti midsem sebulan yang lalu. Maka, baru sekarang tergerak hati nak update pasal Irfan, anak kepada anak tuan rumah yang juga merupakan keluarga angkat kami semasa di Thailand.

PS: Terima kasih sangat kalau ada orang sudi membaca, silalah komen kalau rajin :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...