Friday, March 22, 2013

Qasidah dan Doa Rindu :)


Dia hanya mengikut ajakan teman yang ingin ke qasidah, padahal dia tidak pernah tahu apa itu qasidah, malahan mungkin tidak pernah mendengar alunan qasidah itu sendiri. Anggapan diri qasidah mungkin bosan lantaran Syeikh Zainul Asri yang diwar-warkan sebagai penceramah utama malam itu terpaksa dibatalkan undangan gara-gara berbeza ideologi politik dengan kerajaan memerintah. Diturutkan kata teman yang ingin membeli cucuk-cucuk Proton, lalu mereka menyangka akan dapat tempat duduk belakang. Namun sangkaan mereka meleset, jemaah masih belum berkumpul. Peluang yang diberi untuk memenuhi baris hadapan Masjid Sultan Badlishah tidak ditolak mentah. Malahan  dua sahabat adalah mereka yang duduk menghadap pelajar Darul Hadis berqasidah.
 Qasidah malam itu benar-benar mengasyikkan. Mungkin dia tidak pernah mendengar qasidah, namun alunan rancak yang memuji Rasullah itu benar-benar dirinya terpukau. Namun dalam ramai-ramai pelajar yang berqasidah, seorang pelajar itu kelihatan agak matang berbanding pelajar lain yang mungkin hanya dalam belasan tahun. Agakannya mungkin dalam 20-an. Sesungguhnya wajah suci milik pelajar tahfiz takkan dapat dinafikan gadis biasa sepertinya. Lalu hatinya terdetik, alangkah bagusnya kalau wajah soleh itu menjadi miliknya yang bisa ditatap secara halal setiap hari dalam hidupnya. Namun kesedaran bahawa diri tidak sesolehah dan setaraf milik wajah suci membuatkan wajahnya tertunduk malu apabila si soleh mengangkat muka untuk memandang para penonton.  
Ustaz penceramah lalu menyampaikan ceramah selingan kepada qasidah yang didendangkan malam itu. Ustaz juga mengatakan dan mengingatkan pelajar bahawa qasidah didendangkan untuk memuji Rasullah secara beramai-ramai dan tindakan pelajar mengangkat tangan semasa berqasidah adalah kerana hati mereka merasakan kehadiran rasa cinta dan rindu terhadap kekasih agung, Rasullah. Namun dirinya yang tidak pernah mendengar qasidah, mungkin agak canggung untik melagukan qasidah, maka dia lebih rela diam dan mendengar.
Malam itu juga diselitkan ceramah selingan dari Professor Madya Dr Syukri. Cermahnya sungguh berkesan, menghidupkan rasa cinta terhadap Rasullah. Mengingatkan pelajar bahawa mereka akan dibangkitkan sutu hari nanti dengan orang yang mereka paling sayangi. Berdoalah jiwa yang mendengar ceramah malam itu supaya dibangkitkan dengan Rasullah, pemberi syafaat di hari Akhirat.
Usai, ceramah Ustaz Syukri, qasidah dilagukan selama setengah jam termasuk qasidah Ya Hanana. Apabila qasidah merdu itu tamat mereka diberitahu bahawa kan diadakan jualan cakera padat qasidah di luar Masjid. Gadis itu tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan qasidah yang dijual, dengan niat untuk menderma kepada para pelajar tahfiz. Ketika dua sahabat itu ingin menuju ke gerai jualan, kelihatan wajah suci yang dipandang dari jauh berlari-lari turun tangga. Agak menghairankan kerana pelajar itu sepatutnya sedang makan di jamuan yang disediakan.
Namun wajah soleh itu menunggu di hadapan gerai. Gadis itu ingin ke gerai membeli cakera padat. Wajah soleh dengan berserban putih dan berbaju putih itu tiba-tiba bersuara
“Siapa nama awak?”
Gadis itu terkejut dan terdiam kerana tidak menyangka wajah soleh itu ingin berbicara dengannya.
Diajukan lagi soalan
“Awak ni budak TESL ke?”
Dia menggeleng dan berasa amat kecewa.
“Maaflah salah orang agaknya”.
Gadis itu kecewa kerana sangkanya pemuda itu ingin berkenalan dengannya, rupanya dia tersilap mencari rakan yang mungkin pernah ditemuinya. Dia bersangka baik, mana mungkin si wajah soleh dan suci ingin mengenalinya. Umpama langit dan bumi, umpama pipit dan gajah.
Hatinya kecewa, harapannya wajah soleh itu miliknya suati hari nanti. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...