
Masa lalu aku memang membuatkan aku merasakan inilah masa yang sesuai untuk berubah. Allah telah memanggilku, mengapa aku harus berpaling. Tapi perkara yang melemahkan aku seharian adalah:
`Eh, akak tu tiap-tiap hari dia vogue giler, daripada atas ke bawah, sedondon semua warna, kasut, fuh berkilat, beg mini dia comel je dengan baju kebaya'
Kalaulah korang di tempat aku apa yang akan korang rasa, semestinya merasakan ingin menjadi bahan perhatian mata manusia juga. Semoga aku ikhlaskan niat berubah ini semata-mata mendapat Redha Allah. Ya Allah, kuatkan aku.
2 hari lepas, aku terserempak dengan seorang akak tudung labuh ni, masa tu aku pakai sweater dengan tudung Ekin je, lepas tu, aku tak perasan dia lalu kat depan aku, tiba-tiba aku tengah jalan, ada orang berhenti kat tengah jalan, rupanya akak tu. Dia tak nak bagi aku lalu pun, malah buat muka masam dengan aku, macam jalan tu dia punya sorang. Masya Allah, betapa terhakisnya pandangan tinggi aku terhadap tudung labuh ni.
Astaghfirullah, Ya Allah, aku niatkan perubahan ni semata-mata kerana Engkau Ya Allah, kuatkan aku, moga aku istiqamah. Aku coretkan perkara ni di blog serba sepi ini kerana aku kadang-kadang buntu ingin menuju kepada siapa.
Kalaulah orang lain tahu latar belakang pendidikan aku yang lalu, semestinya ramai yang merasakan aku memang sudah lama patut menjadi golongan alim. Tapi hidayah ini milik Allah. Setiap kali ujian sekolah agama, aku akan menjadi pelajar terbaik, pelajar terbaik kelas tahfiz dan pelbagai lagi pencapaian dalam bidang agama. Tapi, seolah-olah ilmu yang ditimba itu tidak mampu menyerap dalam hati. Mengapa apabila kini, aku merasakan betapa jauhnya aku dengan Allah, aku merasakan aku memerlukan RedhaNya. Aku dah tak sanggup membuta tuli hidup dalam kejahilan macam ni.
Semoga Allah membuatkan aku istiqamah dalam menjalani perubahan ini.

Antara motivasi seharian untuk berubah, lagu Muslimah daripada Nazrey Johani