Thursday, February 24, 2011

Gemuk, Gemuk

`Eh, ketatnya baju yang kau pakai ni.Mesti badan dah naik kan?'



Ok, kalau situasinya kawan perempuan sendiri yang kata macam ni, tak adalah terasa sangat, paling tidak pun anggap gurauan semata. Tapi, bayangkanlah kalau mak cik yang kau jumpa, katakanlah saudara yang jarang kau jumpa, mestilah terasa. Masa nilah rasa sasau sebab makan main ikut suka hati sahaja. Masa nilah, nak rajin-rajinkan diri bersenam, kurangkan makan, jaga pengambilan kalori. Tapi percaya atau tidak, biasanya anda akan tewas pada situasi, kawan mungkin, atau tekanan kerja. Bergantung pada pengalaman masing-masing, tapi kalau aku, sebab tekanan kerja. satu-satunya cara untuk menghilangkan tekanan ni adalah sengan makan sebanyak mungkin. Setelah menimbangkan pelbagai cara untuk menjadikan azam tahun baru ni berjaya iaitu menurunkan berat badan daripada 70 kilo kepada 50 kilo adalah dengan mencipta diari pemakanan. Anda dinasihatkan supaya tidak membohong diri sendiri dengan menyembunyikan pemakanan anda yer. Baiklah, maka dengan ini, blok ini juga mempunyai diari pemakanan saya seharian.


Jusmate 5
Adakah anda pernah mencuba produk ini? Dinasihatkan tak payahlah sebab testimoni aku sebagai salah seorang pennguna menyatakan perkara ini adalah sia-sia. Sebab yang aku boleh beri adalah kerana berdasarkan diet yang tersedia dengan produk yang dibeli memang dijamin korang akan kurus tanpa mengambil Jusmate 5 ni. Makan epal hijau hari-hari, siapa tak kurus beb, pantang larang dia juga menyatakan makan nasi adalah dilarang dengan menggantikannya sengan sup. Matilah~


Oat
Sebagai menggantikan nasi yang semua sedia maklum mengandungi karbohidrat yang tinggi, anda digalakkan mengambil oat sebagai ganti. Ini kerana oat terkenal dengan keupayaannya menurunkan berat badan dan memelihara kesihatan jantung. Selain itu, oat ini juga boleh digunakan untuk merawat kulit. Kandungan beta-glukan mampu membantu melancarkan peredaran darah. Manakala kandungan avenanthramides berfungsi sebagai antioksidan. Ok, aku bukan pelajar perubatan tetapi pembaca majalah Harmoni edisi Januari.



Baiklah, dengan ini, aku berazam untuk menurunkan berat badan dengan menggantikan pemakanan nasi dengan oat dan mencatatkan diari pemakanan setiap hari di blok ini.

25/2

Nasi tomato dan air suam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...